14 Julai 2011-SK Bongek akan mengadakan Perhimpunan Bulanan Pusat Sumber Sekolah bersama Panitia Bahasa Melayu pada 18 Julai 2011.  Pada hari tersebut akan diadakan majlis pelancaran "Minggu PSS dan Panitia Bahasa Melayu".  Pada hari berkenaan juga akan diadakan ceramah yang bertajuk "Rakan Pembaca".  Ceramah ini akan disampaikan oleh Cik Radziah Abd Rahman.  Semoga Perhimpunan bulanan ini akan berjalan seperti yang dirancang.

TV Plasma dan ASTRO baru

17hb Mei 2010-  Sk Bongek telah memasang TV Plasma dan ASTRO baru di bilik tayang.  Pemasangan telah dilakukan oleh En Chan dan pembantunya dari Rantau.  Guru yang membantu semasa pemasangan dilakukan ialah Pn Zarazila, En Samsul Bahari dan Pn Suzana.  Murid tahun 2 merupakan kelas yang pertama menonton menggunakan TV Plasma dan ASTRO baru itu.  Harapan Guru Perpustakaan dan Media agar penggunaan bilik tayang akan lebih menggalakkan dengan adanya TV dan ASTRO baru ini.

Bengkel Pembinaan Laman Blog


Pada hari Rabu bersamaan 12 Mei 2010,pada pukul 3:00 petang, SK Bongek telah mengadakan latihan dalam perkhidmatan yang bertajuk "Bengkel Pembinaan Laman Blog" anjuran Pusat Sumber Sekolah. Fasilitator yang memberi tunjuk ajar dalam bengkel ini ialah Cik Radziah bt Abd Rahman, Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Port Dickson. Bengkel ini telah disertai oleh 14 orang guru SK Bongek. Bengkel Pembinaan Laman Blog ini memberi pendedahan secara asas tentang pembinaan laman blog panitia-panitia di SK Bongek.

Pelancaran Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Mesyuarat PSS 2010

SK Bongek-Mesyuarat PSS kali pertama telah dijalankan pada 20 Januari 2010. Mesyuarat PSS telah dipengerusikan oleh Pn Hjh Norzaiti bt Hj Zulkeple, Guru Besar SK Bongek. Guru yang hadir pada mesyuarat pertama ini seramai 16 orang. Mesyuarat ini juga disertai oleh seorang guru ganti, Cik Irni Rahimah bt Abdol Rahman dan 2 orang guru pelatih iaitu Dayang Amisahwati bt Ibrahim dan En Chong Yao Yin.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

REMBAU 17 Ogos- Pada Perhimpunan Bulanan Panitia Agama Islam dan Kajian Tempatan telah diadakan pelancaran Bulan Kemerdekaan. Bulan ini telah dilancarkan oleh guru besar SK Bongek, Pn Hjh Norzaiti bt Zulkeple. Acara meletupkan belon telah diadakan untuk memeriahkan majlis pelancaran. Nyanyian lagu kemerdekaan juga diadakan selepas pelancaran dibawah pimpinan guru muzik, Pn Mazlini.

PERHIMPUNAN BULANAN PSS


REMBAU - Perhimpunan bulanan PSS telah diadakan dengan jayanya di SK Bongek. Pelancaran Khemah Membaca juga diadakan oleh Pn Hj Norzaiti bt Hj Zulkeple. Selain daripada penyampaian hadiah dan sijil-sijil kepada murid yang berjaya dalam kurikulum dan kokorikulum. ceramah juga diadakan. Ceramah yang disampaikan oleh Hjh Sholeha yang bertajuk "Kebaikan Membaca" banyak memberi ilmu pengetahuan sama ada kepada murid, guru-guru dan kakitangan sekolah. Banyak aktiviti yang dirancang untuk khemah membaca diantaranya "Dengarlah Sayang" dan Menulis sinopsis buku cerita yang mana aktiviti ini berkaitan dengan program nilam peringkat sekolah. Selain daripada itu, PSS juga mengadakan Minggu PSS sepanjang 14hb - 17hb Julai 2009. Minggu PSS ini dirancang untuk memastikan bilik-bilik khas yang terdapat di SK Bongek digunakan dengan sebaik mungkin.

;;