TV Plasma dan ASTRO baru

17hb Mei 2010-  Sk Bongek telah memasang TV Plasma dan ASTRO baru di bilik tayang.  Pemasangan telah dilakukan oleh En Chan dan pembantunya dari Rantau.  Guru yang membantu semasa pemasangan dilakukan ialah Pn Zarazila, En Samsul Bahari dan Pn Suzana.  Murid tahun 2 merupakan kelas yang pertama menonton menggunakan TV Plasma dan ASTRO baru itu.  Harapan Guru Perpustakaan dan Media agar penggunaan bilik tayang akan lebih menggalakkan dengan adanya TV dan ASTRO baru ini.

Bengkel Pembinaan Laman Blog


Pada hari Rabu bersamaan 12 Mei 2010,pada pukul 3:00 petang, SK Bongek telah mengadakan latihan dalam perkhidmatan yang bertajuk "Bengkel Pembinaan Laman Blog" anjuran Pusat Sumber Sekolah. Fasilitator yang memberi tunjuk ajar dalam bengkel ini ialah Cik Radziah bt Abd Rahman, Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Port Dickson. Bengkel ini telah disertai oleh 14 orang guru SK Bongek. Bengkel Pembinaan Laman Blog ini memberi pendedahan secara asas tentang pembinaan laman blog panitia-panitia di SK Bongek.

Pelancaran Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Mesyuarat PSS 2010

SK Bongek-Mesyuarat PSS kali pertama telah dijalankan pada 20 Januari 2010. Mesyuarat PSS telah dipengerusikan oleh Pn Hjh Norzaiti bt Hj Zulkeple, Guru Besar SK Bongek. Guru yang hadir pada mesyuarat pertama ini seramai 16 orang. Mesyuarat ini juga disertai oleh seorang guru ganti, Cik Irni Rahimah bt Abdol Rahman dan 2 orang guru pelatih iaitu Dayang Amisahwati bt Ibrahim dan En Chong Yao Yin.

;;