Pelancaran Bulan Kemerdekaan

REMBAU 17 Ogos- Pada Perhimpunan Bulanan Panitia Agama Islam dan Kajian Tempatan telah diadakan pelancaran Bulan Kemerdekaan. Bulan ini telah dilancarkan oleh guru besar SK Bongek, Pn Hjh Norzaiti bt Zulkeple. Acara meletupkan belon telah diadakan untuk memeriahkan majlis pelancaran. Nyanyian lagu kemerdekaan juga diadakan selepas pelancaran dibawah pimpinan guru muzik, Pn Mazlini.

PERHIMPUNAN BULANAN PSS


REMBAU - Perhimpunan bulanan PSS telah diadakan dengan jayanya di SK Bongek. Pelancaran Khemah Membaca juga diadakan oleh Pn Hj Norzaiti bt Hj Zulkeple. Selain daripada penyampaian hadiah dan sijil-sijil kepada murid yang berjaya dalam kurikulum dan kokorikulum. ceramah juga diadakan. Ceramah yang disampaikan oleh Hjh Sholeha yang bertajuk "Kebaikan Membaca" banyak memberi ilmu pengetahuan sama ada kepada murid, guru-guru dan kakitangan sekolah. Banyak aktiviti yang dirancang untuk khemah membaca diantaranya "Dengarlah Sayang" dan Menulis sinopsis buku cerita yang mana aktiviti ini berkaitan dengan program nilam peringkat sekolah. Selain daripada itu, PSS juga mengadakan Minggu PSS sepanjang 14hb - 17hb Julai 2009. Minggu PSS ini dirancang untuk memastikan bilik-bilik khas yang terdapat di SK Bongek digunakan dengan sebaik mungkin.

;;